Berakhirnya cuti maka bermula sesi exam bagi pertengahan semester.
Untuk semester ni, nasib baik cuma tiga paper je yang perlu dijawab. Tapi tak bermana ini menjadi laluan
yang senang untuk aku.
Semenjak masuk bidang ekonomi ni, aku masih tak dapat nak mencari
rentak nak study. Dah biasa hadap
subjek-subjek sains tulen, dapat subjek mikroekonomi dengan makroekonomi memang
susah le nak menjawabnya.
Dulu masa sekolah, tak payah study pun boleh jawab exam
dengan tenang. Sekarang ni, dah buat belajar bagai nak rak pun bila buka je
kertas exam terus blank kepala otak.
Dan buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku rasa terdesak
sangat dalam menjawab exam sampai
rasa nak meniru. Padahal, prinsip aku biar teruk mana pun exam tu, aku takkan meniru.
Alhamdulillah, setakat ni prinsip tu masih aku tak langgar
pun.
Betul la kata salah seorang sahabat baik aku, kita akan
diuji oleh Allah pada titik terlemah kita. Mungkin subjek sains bagi aku sangat
mudah, kali ni diuji dengan benda yang aku tak boleh buat.
Harapnya aku akan terus tabah menghadapi ujian ni, In Shaa
Allah.
No comments:
Post a Comment