Korang minat tak main video
game? Sepanjang hidup korang sekurang-kurangnya sekali mesti korang pernah
main video game kat handphone, PC, ataupun konsol seperti playstation atau X Box. Aku mula main video
game masa umur 6 tahun, itu pun kat Nokia 3310. Gamenya adalah Snake/Snake
Xenzia, Bantumi, dan aku punya favourite; Space Impact. Memang legend
la siapa yang pernah main game tu.
Seiring
dengan perkembangan teknologi, game-game
yang dihasilkan canggih dan lebih menarik perhatian berbanding generasi game sebelumnya. Daripada gambar
berbentuk 2D kepada gambar 3D, latar bunyi yang menarik serta jalan cerita game itu sendiri setanding dengan
filem-filem yang berjaya.
Game bukan sahaja membawa keseronokan
malah ia juga mengajar sesuatu kepada setiap pemain game tersebut. Sebagai contoh, kebanyakan game dihasilkan dalam Bahasa Inggeris. Sedikit sebanyak pemain game harus mengetahui Bahasa Inggeris
agar mereka dapat main game tersebut.
Sebahagian judul game seperti Assassin’s Creed dan Civilization memasukkan fakta-fakta
sejarah di dalam game tersebut. Oleh
itu, pemain game akan belajar
fakta-fakta sejarah dalam keadaan yang interaktif dan tidak membosankan.
Meskipun
begitu terdapat beberapa kekurangan tmengenai video game ini. Antaranya, keganasan yang digambarkan serta
paparan-paparan yang tidak sesuai ditayangkan kepada pihak bawah umur. Video game juga dikatakan membuatkan
seseorang itu kurang mampu bersosial dengan masyarakat, serta menyebabkan
seseorang itu tidak aktif dalam aktiviti luar.
Pendapat
aku, sekiranya ada kebaikan dalam sesuatu itu, maka gunakan ia. Jangan pula
kita nak mengambil keburukan sesuatu itu. Bak kata P. Ramlee; buang yang keruh, ambil yang jernih, baru
teguh peribadi.
No comments:
Post a Comment