Pasrah..
Ramai orang tak tahu pun apa makna pasrah ni. Secara
mudahnya, pasrah ni menerima segala kenyataan atau keadaan yang dihadapi oleh
kita.
Bukan redha pun maknanya sama jugakkan dengan pasrah?
Ada bezanya redha dengan pasrah ni. Pasrah ni kita hanya menerima sahaja segala
ketentuan tanpa ada perasaan nak mengubahnya kepada yang lebih baik. Sebagai
contoh, kita pasrah menerima keputusan peperiksaan kita yang hanya cukup-cukup
makan je lulus.
Mereka yang pasrah hanya akan berhenti pada takat tersebut.
Mereka tidak akan berusaha bersungguh-sungguh agar keputusan mereka akan lebih
baik dalam peperiksaan akan datang.
Now, orang yang
redha masih akan menerima ketentuan tersebut dengan tenang kerana sedar ini
semua adalah perancangan dari Allah. Namun, mereka akan berusaha
bersungguh-sungguh agar mereka akan lebih berjaya lain kali.
Nak jadi orang yang pasrah atau nak jadi mereka yang redha?
Keputusan di tangan anda.
No comments:
Post a Comment