Milo yang
aku nak ceritakan dekat sini bukannya Milo minuman keluaran Nestle yang menjadi
kegemaran ramai. Yang membekalkan tenaga buat mereka yang bersukan. Bukan juga
serbuk Milo di dalam tin yang menjadi idaman setiap kanak-kanak mahupun dewasa
untuk diratah begitu sahaja atau bersama dengan roti.
Milo yang
aku nak ceritakan adalah Milo Schouten.
Milo ni
orang Holland. Aku jumpa dia masa program BAKSIS haritu kat Kuala Selangor.
Rezeki aku ditempatkan di rumah keluarga angkat yang sama dengan dia. Ini baru first time dia datang ke Malaysia.Seronok
jugak berbual dengan dia tapi kena pakai Bahasa Inggeris la memandangkan dia ni
tak faham Bahasa melayu.
Satu benda
yang aku suka pasal Milo ni adalah dia tak kekok nak bergaul dengan siapa-siapa
meskipun limitasi bahasa itu wujud. Dia juga bukan seorang yang cerewet. Meskipun
masa program tu makanan kampung je yang disediakan, dia tak kisah cuma kalau
makanan tu agak pedas dia makan sikit je la.
Milo di sebelah kanan sekali. |
Berkawan
dengan Milo memberikan aku banyak kenangan indah dan juga pengalaman yang tak
dapat kat tempat lain.
No comments:
Post a Comment