Monday, 28 March 2016

Pasrah

Pasrah..

Ramai orang tak tahu pun apa makna pasrah ni. Secara mudahnya, pasrah ni menerima segala kenyataan atau keadaan yang dihadapi oleh kita.

Bukan redha pun maknanya sama jugakkan dengan pasrah?

Ada bezanya redha dengan pasrah ni.  Pasrah ni kita hanya menerima sahaja segala ketentuan tanpa ada perasaan nak mengubahnya kepada yang lebih baik. Sebagai contoh, kita pasrah menerima keputusan peperiksaan kita yang hanya cukup-cukup makan je lulus.

Mereka yang pasrah hanya akan berhenti pada takat tersebut. Mereka tidak akan berusaha bersungguh-sungguh agar keputusan mereka akan lebih baik dalam peperiksaan akan datang.

Now, orang yang redha masih akan menerima ketentuan tersebut dengan tenang kerana sedar ini semua adalah perancangan dari Allah. Namun, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh agar mereka akan lebih berjaya lain kali.

Nak jadi orang yang pasrah atau nak jadi mereka yang redha?


Keputusan di tangan anda.

Parasitku

Dengarlah,
Wahai parasit kesayangan ku,
Kejadianmu bermula dari satu titik kehinaan,
Titik mula satu kehidupan.

Dengarlah,
 Ku gelar engkau Parasit,
Bukan bermakna engkau jahat,
Tetapi fitrahnya engkau bergantung hidup,
Kepada tubuhnya asal kejadian engkau,
Fi kulli makkan, Wa kulli zaman.

Dengarlah,
 Parasit kesayanganku,
Engkau dicipta oleh Raja Sekalian Alam,
Diletakkan di Alam Kasih Sayang,
Ditatang dengan penuh pengharapan,
Berbilang purnama tidak dihiraukan.

Dengarlah,
Wahai Parasitku,
Kalimat-kalimat Sang Pencipta,
Ku dendangkan buatmu,
Saat engkau dilahirkan,
Dengan harapan kalimat ini,
Menjadi panduan mu,
Meniti hari-hari yang akan mendatang. 

Dengarlah,
Parasitku kini melalui fasa remaja,
Banyak perkara yang engkau persoalkan,
Terkadang aku terkilan rasa,
Namun kasih sayang ku terhadap mu,
Melebihi segalanya.

Dengarlah,
Kini aku pun sudah tua,
Salah silah keturunan ku ini,
Akan diteruskan pula,
Oleh engkau Parasitku,
Engkau akan memahami apa yang aku rasa,
Engkau akan tahu makna di sebalik,
Segala teguran,
Segala keputusan,
Yang telah ku pilihkan untukmu.

Dengarlah,
Nafas-nafas terakhirku,
Kata-kata penamatku,
Yang baik jadikan amalan,
Yang buruk jadikan teladan,
Dan ingatlah,
Engkau sentiasa menjadi yang aku sayang,
Anakku,
Si Parasit Kesayanganku.

  

Monday, 21 March 2016

Waffle

Hari ni first time aku buat waffle. Jadi aku nak cerita sikit pasal makanan yang jadi kegemaran aku masa aku masuk Asasi dulu.

Waffle ni secara simplenya suatu adunan tepung dan pelbagai lagi bahan lain yang ditekan di antara dua besi panas sehingga meninggal bentuk besi tersebut di atas adunan itu. Biasanya makanan ni popular dekat negara Barat sebab makanan ruji diorang semua berasaskan roti atau tepung.

Waffle ni yang bestnya sebab boleh tambah macam-macam perisa seperti strawberry, chocolate, butter, peanut butter dan kaya. Kalau rajin nak bereksperimentasi dengan makanan boleh tambah ayam, telur dan segala macam perisa yang lain.

Waffle ni dah wujud dari tahun 11 Masihi dan masih lagi menjadi santapan semua orang tak kira bangsa ataupun negara. Tidak ketinggalan juga diri aku sendiri.    

Lemau

Keropok anda lemau? Biskut anda juga lemau? Jangan risau beli lah Tupperware di kedai-kedai yang berdekatan dengan anda.

Anda sendiri yang 'lemau'? Now that is a big problem. Kenapa saya cakap itu masalah besar, sebab kebanyakan masalah yang berkaitan dengan psikologi manusia ni memang susah nak selesaikan. 

Biskut dengan keropok lemau disebabkan faktor penyerapan udara oleh makanan tersebut (kalau salah penerangan tu, maafkan hamba). Penyelesaiannya jangan biarkan makanan terdedah kepada udara. 

Manusia 'lemau', ubatlah hatinya. Kerana hati tu 'raja' kepada psikologi manusia. Baik hatinya maka baiklah seluruh nya dan sebaliknya. Nak ubat hati bukan perkara senang. Ia perlukan pengawasan yang berterusan. Selagi mana manusia hidup selagi tu la hatinya perlukan 'ubat-ubatan'. 

Monday, 14 March 2016

Milo

Milo yang aku nak ceritakan dekat sini bukannya Milo minuman keluaran Nestle yang menjadi kegemaran ramai. Yang membekalkan tenaga buat mereka yang bersukan. Bukan juga serbuk Milo di dalam tin yang menjadi idaman setiap kanak-kanak mahupun dewasa untuk diratah begitu sahaja atau bersama dengan roti.


Milo yang aku nak ceritakan adalah Milo Schouten.

Milo ni orang Holland. Aku jumpa dia masa program BAKSIS haritu kat Kuala Selangor. Rezeki aku ditempatkan di rumah keluarga angkat yang sama dengan dia. Ini baru first time dia datang ke Malaysia.Seronok jugak berbual dengan dia tapi kena pakai Bahasa Inggeris la memandangkan dia ni tak faham Bahasa melayu.

Satu benda yang aku suka pasal Milo ni adalah dia tak kekok nak bergaul dengan siapa-siapa meskipun limitasi bahasa itu wujud. Dia juga bukan seorang yang cerewet. Meskipun masa program tu makanan kampung je yang disediakan, dia tak kisah cuma kalau makanan tu agak pedas dia makan sikit je la.

Milo di sebelah kanan sekali.
Berkawan dengan Milo memberikan aku banyak kenangan indah dan juga pengalaman yang tak dapat kat tempat lain.




Lesu

Lesu itu perkara biasa bagi terutamanya bagi pelajar macam kita. Nak tengok masa mana pelajar paling lesu, lihatlah pada kelas pukul 8 pagi hari Isnin.

Memang susah nak tengok pada waktu tu siapa yang bersemangat. Kebanyakannya masuk dewan kuliah, ambik tempat duduk belakang sekali, letak kepala atas meja dan mula melelapkan diri. Simptom ini dinamakan Monday’s Blue.

Sebab apa jadinya benda macam ni? Simple.
Paling common sebab pelajar tidur lambat. Ada yang settlekan kerja yang bertimbun dari minggu sebelumnya. Ada jugak yang terlajak main videogame atau ber”sms” dengan orang yang “tersayang”. Lagi satu, pelajar ni kebanyakannya tak nak breakfast dulu sebelum kelas. Bila masuk kelas mula lah berbunyi perut tu.

Ada ubat ke untuk benda ni? Easy.
Kalau rasa diri tu tak mampu menanggung penatnya bila tidur lewat, tidur la awal. Bersarapan la sebelum ke kelas walaupun dengan sekeping roti/biskut.


Kalau dah buat jugak benda ni tapi masih jugak lesu, bertaubatlah. Mungkin masa anda di dunia ni dah tak lama.     

Sunday, 6 March 2016

Lembik

Baru-baru ni aku ada sembang dengan kawan-kawan aku masa dalam perjalanan nak pergi pasar malam. Lepas satu topik bertukar topik akhirnya masuklah topik pasal unit beruniform. Macam yang korang dah tahu, dekat Universiti ni ada Palapes, Suksis, JPAM dengan BSMM.

Entah macam mana tiba-tiba kawan aku yang jadi “driver” tiba-tiba cakap yang kami semua ni (yang ada dalam kereta tu termasuk dia) lembik. Menyirap sekejap bila dengar dia cakap macam tu. Macam mana boleh dia kata kami ni lembik, padahal ada je kawan-kawan aku tu “join” benda-benda “extreme”.

Atas dasar persahabatan yang dibina dengan keikhlasan hati, aku cuba “slow talk” dengan dia, tanya apa sebab dia keluarkan “statement” macam tu. Antara sebab yang dia senaraikan adalah kami ini kurang berdisiplin, tak macam mereka yang “join” unit uniform tadi (tiada diantara kami yang mengikuti unit uniform atas sebab masing-masing). Bila dapat arahan cepat mengeluh dan tiada semangat nak lakukan sesuatu. Apa yang dia maksudkan adalah kami dan ramai lagi pelajar lain yang nampak “tough” pada luaran tapi dalaman macam hampeh.


Memang sentap bila dengar dia cakap macam tu, tapi siapa makan cili dia yang rasa pedas. Dari sembang kosong, akhirnya menjadi suatu nasihat yang menjadi iktibar terutama sekali buat aku.  

AKU

Nama aku Irfan. Seorang lelaki yang lahir di Kuala Lumpur tapi menganggap dirinya orang Selangor memandangkan tak pernah sepanjang 20 tahun kehidupan ini aku tinggal di kawasan bandar metropolitan tersebut. Datang dari keluarga yang sederhana. Ada seorang adik lelaki yang baru je dapat keputusan SPM.

Pernah merasa jadi pelajar asasi tapi bukan lah dari kalangan pelajar yang cemerlang. Keputusan Semester 1 pun tak gempak macam budak lain. Kelebihan diri, saiz badan yang agak ‘chubby’ berbanding orang lain. Kelemahan, aku adalah seorang manusia. Jadi semua kelemahan yang manusia ada, maka aku pun ada.

Kadang-kadang rasa macam aku ni budak yang kuat keazaman, mantap jiwa raga. Padahal, dalaman tuhan je yang tahu.Aku takde ramai kawan, tapi mana kawan yang aku ada sekarang memang aku hargai diorang betul-betul. Walaupun kadang-kadang bergaduh dan bertikam lidah, kalau nak mintak tolong memang diorang tak berkira.


Ini adalah aku yang sebenar. Suka atau tidak, terpulang pada diri masing-masing. Yang penting aku bahagia sudah.