Monday, 30 May 2016

Ragam

Semenjak aku masuk universiti ni, dah macam-macam orang dah yang aku jumpa.

Ada yang perangai baik. Setiap hari kalau jumpa tu memang buat menambah semangat bagi aku untuk terus mengharungi hidup kat sini. Bila masa aku susah, diorang ni la yang tolong aku. Kalau takde diorang ni memang tak tahu nak cakap macam mana.

Tapi.

Ada sesetengah orang kat sini yang aku rasa macam tak layak je masuk universiti. Dengan tak hormat orang, pentingkan diri dan yang paling aku benci; gedik nak mampus.

Ini pengalaman kawan aku kat fakulti lain. Kalau lepak kat kafe, setiap kali ada orang lalu, segelintir budak course mesti akan judge setiap seorang. Judge dari segi apa memang aku tak tahu. Kawan aku cakap memang terpancar kepuasan di muka diorang bila dah buat tu.

Yang paling aku tak boleh terima adalah ada jugak budak lelaki yang turut serta buat benda tu. Buat malu kaum Adam je bergosip macam Mak Jemah (Bukan nama sebenar).

Itu satu hal. Belum lagi budaya bashing dalam group Whatsapp. Dah la dalam tu ada ahli PMF dan dikira sebagai group official tapi perbualan dalam tu tak melambangkan langsung kredibiliti sebagai mahasiswa terbaik.


Korang jangan la buat perangai macam ni ye. Kita ni bukan la baik sangat, tapi jangan tiap masa nak tunjuk keburukan kita.   

Sesal

Sesal.

Banyak benda yang aku dah buat dan aku memang menyesal setinggi langit ke tujuh (ok, itu memang menambah la kan).

Macam ada satu peristiwa tu, aku tengah lepak dengan seorang senior ni. Tengah borak, senior ni nak tarik perhatian aku dia jentik tangan aku. Entah apa angin aku masa tu, aku terus melenting. Aku marah senior tu sampai hampir aku nak bertumbuk dengan dia. Nasib baik la senior tu cool je orang nya.

Lepas aku macam dah sejuk sikit, baru aku sedar yang benda yang aku buat tu tak sepattutnya terjadi. Nasib baik la tak jadi perkara yang buruk.

Ini la yang dinamakan “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Benda utama yang aku nak cakap kat sini adalah jangan sesekali buat sesuatu yang korang akan menyesal suatu hari nanti. Meskipun benda tu dah berlalu, ingatan pasal peristiwa tu akan sentiasa menghantui hidup korang semua.


Monday, 23 May 2016

Suara

Suara adalah salah satu medium perhubungan bagi setiap makhluk di muka bumi ini.

Dunia seperti yang kita kenal pada hari ini pasti amat berbeza tanpa kehadiran suara. Bayangkan manusia berhubung hanya menggunakan gelombang otak. Pasti pelik bukan?

Signifikannya suara sehinggakan di dalam cerita-cerita fantasi atau dalam alam maya, suara digambarkan sebagai satu sumber kuasa yang hebat.

Mengambil contoh watak dalam cerita kartun Marvel, Blackagar Boltagon atau leih dikenali  sebagai Black Bolt.  Black Bolt dikenali kerana kuasanya iaitu suara yang terlampau kuat sehinggakan dengan bisikan sahaja mampu menggegarkan kapal angkasa. Malah, pada tahap kuasa tertinggi, suaranya mampu memusnahkan planet.

Begitu juga dengan protagonis dalam permainan video Skyrim di mana salah satu kelebihan utamanya adalah mengubah suara/jeritan atau dalam bahasanya yang tersendiri Thu’um kepada suatu tenaga yang berbagai bentuk seperti semburan api dan sebagainya.


Jelaslah di sini bahawa suara memainkan peranan penting dalam hidup kita sebagai seorang manusia.

Peluang

“Adakah lagi peluang kedua buatku?”

Ayat klise yang biasa sangat kita dengar.

Kenapa kita perlukan peluang kedua? Selalunya kerana peluang pertama yang diberi tidak manfaat dengan baik. Ataupun atas sebab-sebab tertentu, kita terleka maka peluang itu berlalu begitu sahaja tanpa dapat kita gapai.

Jangan risau sahabat, teman, rakan dan kawan.

Selagi mana nyawa belum sampai dikerongkong, jangan kata peluang kedua, peluang ke-sejuta pun masih ada buat kita.

Ingat balik kisah orang-orang terdahulu, meskipun mereka tersungkur mereka bangkit menggegar dunia.

Seperti mana Kolonel Harland David Sanders yang terpaksa mencari ramai orang untuk menjual resepi ayam gorengnya. Andai kata beliau berhenti di tengah jalan, maka tidak kenal lah kita akan francais makanan segera yang disukai ramai, KFC.


Namun, harus kita ingat bahawa peluang sebanyak mana sekali pun kita dapat, tak guna juga andai kita tak rampas peluang itu.

Monday, 16 May 2016

Deadline

“You got to be quick! It will not last longer” says Zul.

“I will not live you alone Zul. We got to go through this together”

“No, listen to me! The portal will not last longer. You have better chance than me. Look at this bite wound. It just a matter of time before I turn into one of them. Just let me do you a last favour”.

Zul shows me a couple of hand grenade around his belt. As hard as I feel, I left him on the side of the road with a couple of ammo and start running towards the portal with my exoskeleton suit in hyper mode. It really helps since it gives me some boost when running.

About 200 meters from the portal, I hear the sound of explosion. Rest in peace my friend.

50 meters. The portal is becoming smaller.

10 meters. My exoskeleton suit has lost it power. Now, all depends on my pure effort.

1 meter. I made my last jump.

Onward beyond the Deadline…


Putus

Andaikan anda seorang tukang jahit. Hidup anda dikelilingi oleh jarum, benang, kayu ukur dan pita ukur. Hari demi hari anda menggunakan jarum untuk menembusi setiap lapisan kain untuk menjahit bagi menutup kesan koyakan atau menyambung helaian-helaian kain. Anda putus kan benang-benang dari lembarannya bagi menyelesaikan hal itu.

Dari situasi ini kita lihat seumpama tiada keadilan, kenapa harus diputuskan suatu hubungan demi hubungan yang lain.

Kita lihat dalam realiti perhubungan, berapa ramai yang terputus di tengah jalan. Hubungan yang dibina kadang-kadang hingga beberapa tahun akhirnnya musnah sekelip mata.

Apakah tiada keadilan dalam perhubungan tersebut?

Ingatlah sahabat-sahabat. Boleh jadi putusnya hubungan itu menjadi satu tanda anda akan menjadi salah satu dari sambungan-sambungan yang lebih besar dan gah.

Seumpama sehelai benang yang tidak mempunyai signifikan, apabila dijahit menjadi sehelai baju ia lebih memberi makna.   


Monday, 9 May 2016

Alone

Is it hard to be alone?

No one to accompany you while eating in the café, walking to the class or hangout together in the weekend.

No one to help you when you sick or being bullied. No one to stand up for you when you are cornered. Nobody ever cares about you.

Does it really hurt?

My personal opinion, no.

At least, you know the fact that nobody would be there for you when you need them.

What about you surrounded by men and women. They all know you, acknowledge you, play together with you, and eat together with you.

However, when something bad happen or you on the lowest point of your life, they act like they never met you.

All those happy time mean nothing to them. Even though you treat them nicer than other people around them, they would never consider that.

You would not know whether they would be with you until the end of the line or they just used you for their advantages or personal mean.


That is more hurting than being alone.

Carut

Tajuk kita minggu ni agak pelik sikit, jadi amaran awal buat mereka yang masih sayang kan jiwa suci mereka maka aku nasihatkan agar korang berundur serta merta sebelum baca perenggan yang seterusnya.

Mereka yang degil jugak nak baca, aku tak nak tanggung apa-apa. Baca, lepas tu korang pilihlah mana yang baik untuk jadikan teladan.

Carut.

Mula dari zaman aku sekolah rendah lagi, budak-budak sebaya aku dah banyak pakai perkataan censored ni.

B***h, B*ng*ng, B*b*, S**l, L*****.

Kalau korang biasa dengar (dan aku pasti korang biasa dengar) memang korang takde masalah nak baca ayat kat atas tu biar pun aku dah buang vokal-vokal nya.

Hari ni aku nak bincangkan pasal satu perkataan yang orang suka gunakan.

F**k.

Ikut dari apa yang aku dah cari dekat internet perkataan tu berasal dari perkataan Jerman dan wujud sejak awal kurun ke-16 lagi. Salah satu cerita asal perkataan ini adalah zaman tersebut di mana hubungan seksual adalah dilarang meskipun sudah berkahwin, melainkan mendapat keizinan dari raja. Surat keizinan tersebut datang dengan nama “Fornication Under the Consent of the King” di mana akronimnya adalah F.U.C.K.

Sejauh mana kesahihan cerita tersebut tidak dapat dikenal pasti, yang pastinya perkataan tersebut memang umpama zikir bagi golongan yang kuat mencarut ni.


Nasihat aku, biar macam mana bentuk, bahasa atau bunyi, kalau dah carut tu carut jugak. Jadi jangan lah biasakan diri korang cakap benda-benda macam ni. Dia macam melatah la, kalau dah biasa buat lama-lama akan jadi habit yang susah nak tinggalkan. 

Monday, 2 May 2016

Pendekar

Mula,
Turun Nafas naik Nafas,
Nafas berisi bukannya kosong,
Bayu semilir mengisi rongga,
Semakin lama Semakin padu.

Langkah bermula tanpa bicara,
Kiri kanan tangan membelah,
Atas bawah gerak menahan,
Setiap sisi harus terjaga.

Arah angin mata memandang,
Utara Selatan Timur Barat,
Kaki dipersiap kekuda diperkemas,
Mainan bunga mengambil tempat,
Lenggok longlai mata melihat.

Janganlah tuan-tuan terpedaya,
Mainan yang lembut disangka manja,
Sekali terkena tubuh yang nyata,
Pastinya tidak tertanggung sengsara.

Akhir,
Bunga penutup telah bergerak,
Akhirul kalam segala langkah,
Nafas pendekar kembali teratur,

Hati tenang, jiwa tersusun.

Kelawar

Tak sampai sebulan lepas, cerita Batman vs Superman ditayangkan di layar-layar perak di seluruh dunia.

Kalau korang tanya aku ni sokong siapa, of course la Batman. Sebab karakter tu melambang seorang manusia pada tahap tertinggi yang boleh dicapai, mental dan fizikal.

Aku bukan nak cerita pasal Batman, tapi nak cerita pasal haiwan yang berkait dengan dia. 

Kelawar.

Kelawar ni umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu keluang (megabats) dan kelawar (microbats).

Kebanyakan yang ada kat Malaysia ni jenis kelawar yang dietnya terdiri dari buah-buahan dan serangga. 

Namun, ada juga beberapa spesies kelawar yang hisap darah (vampire bats). Mungkin dari situ timbulnya idea bagi cerita mistik tentang hantu yang hisap darah terutama sekali dalam mitos Barat.

Jangka hayat mereka agak lama, dalam 20-40 tahun.

Meskipun kelawar ni tak comel macam kucing, diorang banyak mainkan peranan dalam ekosistem. Sisa najis kelawar merupakan bahan makanan bagi organisma lain terutamanya di dalam gua. Selain itu, kelawar juga membantu dalam penyebaran benih pokok.

Aku tak pernah lagi bela kelawar, tapi kalau diberi peluang memang nak jugak merasa bela haiwan ni.