Monday, 6 June 2016

Istidraj

Korang pernah tak tengok orang yang perangai teruk dan susah nak tengok diorang ni buat amal kebajikan, tapi hidup sempurna, harta bertingkat-tingkat, anak semua berjaya jadi orang-orang yang ternama.

Aku pasti paling kurang sekali korang pernah jumpa orang-orang macam ni.
Mesti korang tertanya-tanya macam mana orang macam ni boleh dapat benda-benda yang baik dan bagus. Macam satu kontradiksi disitu kerana sepatutnya “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat”.

Adakah satu keadilan buat mereka dikurniakan perkara-perkara berikut sedangkan ramai lagi orang yang baik dan beriman tidak diberikan perkara-perkara tersebut?

Perkara yang berbentuk nikmat yang diberi kepada orang-orang yang perangai teruk itulah yang digelar sebagai Istidraj.

Istidraj ni adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Nampak macam nikmat, sebenarnya itu adalah ujian buat mereka. Diturunkan harta kekayaan agar mereka bertambah lupa kepada Allah. Diberi pangkat agar diorang ni lebih rasa bangga dan ujub akhirnya mereka lalai akan perintah Allah.

Cuba korang ingat balik ada tak benda-benda macam tu jadi kat korang. Rajin mencuri barang orang lain tapi masa exam score. Suka mengumpat, tapi harta kekayaan tak henti-henti masuk.

Hati-hatilah.


Mungkin itu adalah Istidraj..

Noktah

Sekarang ni adalah minggu terakhir bagi aku dalam semester ini sebelum bermulanya minggu peperiksaan.

Bila diputarkan kembali layar ingatan aku sepanjang dua semester aku di universiti, banyak kisah-kisah suka dan duka aku dengan kawan-kawan aku baik di kolej mahupun di fakulti. Ada yang masih kekal kawan, ada yang semakin menjauh.

Namun, aku bersyukur kerana masih diberikan kekuatan untuk mengharungi segala penat lelah dan kalau diberi pilihan untuk melakukannya kembali, memang mati hidup balik pun aku taknak.

Untuk peperiksaan kali ni, aku taknak letak harapan yang tinggi memandangkan result aku semester lepas tak berapa membanggakan. Tapi atas janji yang aku dah lakukan dengan kawan aku, aku akan pastikan sekurang-kurangnya keputusan aku tidak lah seteruk semester lepas.

Agak-agaknya, apa yang menanti buat aku untuk semester seterusnya.


Hmmm.